Friday, March 28, 2008

GLORY to Manchester United

Salam to all, berita terkini yang menyeronokkan, akhirnye setelah berhempas pulas dalam saingan liga, akhirnye.. man utd berjaya menduduki takhta teratas.. wow, omg.. wut's about arsnal? hurm.. drop 2 number 3.. so sad.. i'm sorry guys.. but man utd roxxx!! haha kemenangan keatas liverpoll 3-0 membuktikan man utd tetap kacak dan macho di tingkat teratas.. hehe. to man utd fan.. gratzz all..
GLORY TO MAN UTD!!!
wakakaka
http://www.manutd.com/


Barclays Premier League - Updated 29/03/2008 HOME AWAY

Pos NamePWDLFAWDLFAGDPTS
1 Man Utd 3114113759332710+49 73
2 Chelsea 311050311010332413+32 68
3 Arsenal 31124033107622614+35 67
4 Liverpool 3196138127531712+31 59
5 Everton 3193328138352013+22 57
6 Portsmouth 3167222128172221+11 50
7 Aston Villa 3183525195732721+12 49
8 Blackburn 3175421166542122+4 49
9 Manchester City 31104223143661320+2 49
10 West Ham Utd 3165418186371619-3 44
11 Tottenham 3183443262681725+9 39
12 Middlesbrough 3154615193671325-16 34
13 Newcastle 31655202423101333-24 32
14 Wigan Athletic 31735181414111031-17 31
15 Reading 31817192213111836-21 31
16 Sunderland 31735171513121033-21 30
17 Birmingham 31465201823111530-13 27
18 Bolton 31556181513111030-17 26
19 Fulham 314571926069825-24 23
20 Derby County 3114108250313640-51 10

Sunday, March 23, 2008

Linux, cinta baruku!!













Kelakar kan topik ni?? haha penulisan kali ni agak pasar dan mengandungi unsur2 bahasa yang bukan formal, maksudnye coretan la, bukan artikal, ada paham? haha, kisah bermula bile aku menjunguk blog umarzuki[umarzuki.com] aku mula meminati linux, pada dasarnya linux ni agak susah berbanding windows, sebab windows lebih mudah interfacenye, berbanding linux yang menggunakan terminal a.k.a sudo, n linux ni sesuai untuk golongan advance yang mahir menggunakan windows, bagi mereka yang berminat untuk lebih advance dalam bidang os(operating system) ni linux adalah cabaran terbaru yang terbaik!!! saya ulangi TERBAIK!!! tapi semua benda ade pro dan kontranya, cam2 la jugak mende 2 nih, ade kelebihan dan kekurangan masing, cuma kelebihan yang nyata bagi linux adalah FREE!!! dan BERLESEN!!! so secara automatiknye kite mengurangkan kadar cetak rompak kt malaysia ni,cari la mane2 survey dan artikal, malaysia ni adalah pendominasi cetak rompak dunia, haha, memalukan, tapi 2 la hakikat!!, bagi aku buat pe la berhabis duit $$$ beratus untuk sesuatu yang kita boley dapat secara free, 2 la kenyataannye. Monopoli windows kt dunia ni dah tak terkate da, haha jadi aku pon mengambil inisiatif mencuba OS Ubuntu, memang best, untuk hardisk hanye memerlukan 3gb je, pas2 penggunaan ram yang x berapa banyak menyebabkan kom aku beroperasi ngan lebih smooottthh.. best siut, haha, tp aku masih menggunakan windows, maknenye aku ade 2 OS dalam kom ni. windows untuk aku men game online je, haha, game terbaik aku maen stakat ni yang buat aku kadang2 x menghargai masa, World of Warcraft(onlie game with 7 million people plays it aound da world) dan jugak DOTA(warcraft III : frozen throne). Tapi x la sampai kemaruk, juz untuk release tension jek, klu x mane ade mase nak menaip ni. Urm jauh tul aku lari dari topik asal, tapi memang best la linux, sape x try rugi, sekurang2nye tambah gak ilmu. haha, k la 2 je la ku nak tulis, meh tgk screenshot ubuntu terbaru aku, hehe..















regards
RETRO

Wednesday, March 19, 2008

Dasar Ekonomi Baru

Kebanyakan dari rakyat Malaysia tidak memahami DEB. Mereka tidak faham apakah yang membawa kepada tercetusnya DEB. Mereka tidak merasai betapa peritnye peristiwa berdarah 13 Mei. Peristiwa ini dilupakan oleh segelintir anak muda yang kononnye mengejar keadilan sejagat. Mereka tidak memahami konsep sebenar DEB. Mari kita lihat penerangan lebih lanjut tentang DEB

DEB adalah bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

  • Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
  • Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
  • Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
  • Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Sekarang saya ingin menjelaskan tentang rukun negara pula, yang didakwa oleh segelintir masyarakat bahawa Rukun Negara adalah propaganda UMNO. Bagi yang kurang pengetahuan dalam isu ini, mereka hanya memandang rukun negara sebagai satu alat UMNO untuk menyebarkan ideologi mereka. Tapi hakikatnya rukukun negara diwujudkan akibat dari tercetusnya kacau bilau dan pertumpahan darah pada 13 Mei 1969.


Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Kita jelas bahawa Rukun Negara dicipta bagi mencapai perpaduan dan telah dipersetujui oleh Majlis Perundangan Negara. Bagi mereka yang buta sejarah pada akhir pembacaan ini akan memahami sedikit sebanyak tentang kepentingan DEB dan Rukun Negara. Pembahagian tender dan projek bukanlah bermaksud kronisme namun mementingkan usahawan melayu. Jangan salahkan DEB atas kesilapan seorang dua pemimpin yang kronisme. Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga kerana bangsa melayu sendiri bukanlah susu dan nila. Kita adalah bangsa yang mementingkan semangat kebangsaan dan keagamaan.

http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=DasarEkonomiBaru
http://www.isis.org.my/files/pubs/papers/MAZ_Kompass_220907.pdf


regards
Pejuang Retro

ANJING-ANJING NERAKA


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."


Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Pengunaan ayat, penulisan yang berlebih dan menyebabkan orang len tersinggung amat berat siksaannye,
so beware bloggers
hayatilah!!! gengamlah!! gigitlah!!! sematkan didlama hati, berpolitik biarlah dlam susana ynag baik..
aku suka lagu ni.. jom layan