Wednesday, September 3, 2008

Chapter 1.8

Penantian adalah satu penyeksaan, namun hikmah yang terzahir melahirkan kesabaran yang tiada tandingan, menahan hati dari runtutan jiwa dan perasaan menghidupkan sebuah nilai dan pengertiaan, hanya tuhan yang tahu, aku panjatkan doa agar penantian aku berakhir dengan sebuah anugerah yang tak ternilai harganya, lidah yang tidak pernah kering memohon, di bulan ramadhan yang dibukakan pintu syurga, dimana doa dimakbulkan, penantian aku ramadhan yang suci ini hanyalah malam seribu malam, malam yang dimana setiap makhluk sujud pada penciptanya, malam dimana setiap doa dimakbulkan malam Lailatul Qadar, ingin sekali aku memanjatkan doa agar setiap impian aku tercapai, namun andai aku dianugerahkan malam itu, hanya satu impian yang aku inginkan tercapai, kerana aku yakin si pencipta mendengar setiap rintihan makhluknya, andai lidah aku diberi peluang untuk bercakap kali terkahir hanya satu lafaz yang ingin aku suarakan, biarlah tuhan yang lebih mengetahui apa yang terlakar dalam hati aku.disebalik keinginan yang tidak pernah putus aku suarakan terselit doa agar kebahagian sentiasa mengiringi hari hari yang penuh berliku. Perjalanan yang muda dan mentah, mengajar aku lebih bersabar . Setiap keputusan aku sertakan dengan usaha yang tidak akan sekali mengenal erti putus asa, biarpun aku belum melihat sinar untuk diriku, namun keyakinan yang aku tanamkan dalam jiwa, mengukuhkan hati menebalkan perasaan, agar kelak setiap yang terjadi aku terima dengan reda, namun penantian tidak akan putus walau diakhirat kelak, kerana telah lahir satu ikatan yang utuh, yang tidak mampu dipisahkan, namun tanggungjawab aku sebagai lelaki dan juga manusia akan sentiasa melindungi dan menghargai, namun setiap permulaan dan pengakhiran adalah urusan si pencipta, bg makhluknya yang lemah, hanya doa yang akan menjadi kekuatan.. Allah maha penyayang dan maha mengasihi.. lagi maha mendengar.. 

Monday, September 1, 2008